Friday, April 18, 2008

Benci VS Kasihan

Benci sungguh sungguh benci
Melihat sekumpulan anak - anak
Datang berkhemah di kampungku
Atas nama pendidikan
Atas nama persatuan
Atas nama satu kemahiran
Membuat kelaku seperti orang jahil
Lebih sesuai dipanggil jahil agama
Bijak sungguh licik Yahudi
Gaul adukkan segala jantina
Langsung tak malu
Lagi tidak kisahnya
Si jantan bertenggek si betina menghimpit
Si jantan memeluk si betina rela dipeluk
Bergurau senda seolah tiada agama
Bebas menyentuh
Bebas seluruh
Lagi pelik lagi ajaib
Tudung di kepala apa fungsinya
Sekadar menutup fesyen agaknya
Bebas sebegini ajaran siapa agaknya?
Semakin ramai semakin seronok
Jantan betina sama lakunya
Benci sungguh perangai mereka
Laku bagai orang tiada agama
Tapi timbul rasa kasihan pula
Perbuatan begini dosa menanti
Ayah - ayah di rumah syer menanti
Emak - emak di rumah syernya ada
Didikan apakah hasilnya sebegini rupa
Tanggungjawab mendidik terlaksanakah belaka
Hingga hasilnya anak tidak malu ke dunia
Pada Yang Esa lagilah rasanya
Wahai pemimpin pertubuhan pelajar
Anjur aktiviti biarlah berkiblat
Bukan memenuhi kelendar aktiviti
Hentam keromo sesedap hati
Ingatlah bahawa kita Islam
Punya adab punya panduan
Hukum bukan muhrim mesti dipegang
Hukum hijab jangan di cabul
Membuka aurat hukumnya ada
Bercampur gaul bukan bebas belaka
Kita bukan tiada nabi hendak diikut
Petunjuk Allah pegangan abadi
Takkan lepas mati baru nak menyesal
Talkin sedetik mampukan diingati
Menyesal di Barzakh bolehkah kembali ??

No comments: