Monday, March 31, 2008

Celaka Si Belanda Menghina Islam

Si Belanda Menghina Islam
Kau benar Celaka
Si Belanda yang celaka
Kau tidak layak hidup di bumi Allah ini
Si Belanda Celaka
Kau muka pengemis yang hina
Si celaka ini menghirup udara Tuhanku
Si Belanda celaka ini
Getar denyut nadimu Tuhanku jadikan
Darah hanyir di tubuhmu Tuhanku yang alirkan
Haus Si celaka ini, nikmat air Tuhanku sediakan
Sehelai bulu ditubuhmu pun, nikmat Tuhanku berikan
Si Belanda celaka
Kejadianmu dari mani yang hina,
Tuhanku anugerahkan
Kau memang Si Belanda celaka
Tidak sedar untung nasib dirimu
Bolehkah kau tumbuhkan pepohon
untuk jadikan makananmu
Bolehkah si Belanda Celaka
Kau hidupkan lembu babimu untuk kau makan dagingnya
Kau memang bodoh si Belanda celaka
Bodoh dan membodohkan manusia lain sepertimu
Kau memang celaka wahai si Belanda

Friday, March 21, 2008

Peringatan Kepada MB Kedahku

Alhamdulilah, segala pujian milik Allah jua. Kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan kemenangan kepada pihak MB. Semoga dengan kemenangan ini akan menambahkan lagi rasa syukur kita kepadaNya di samping sentiasa berwaspada dengan ujian dan cabaran di masa mendatang.

Diharapkan kemenangan ini membuka lembaran baru untuk rakyat negeri MB untuk mengamalkan Islam dan memperdalamkan lagi pengetahuan Islam dengan lebih terbuka lagi. Di harapkan agar surau - surau di negeri MB kembali dipenuhi jemaah sama ada untuk bersolat, belajar serta menambahkan lagi pelbagai skop kefahaman tentang Islam.

Ubahlah minda dan fikiran rakyat negeri MB ke arah kemajuan Ilmu bukan kemajuan harta benda dan wang pangkat. Fokuskan ke arah rasa hormat dan kasih kepada mereka yang berilmu pengetahuan bukan kepada yang berpangkat dan berharta. Tampilkanlah seramai mungkin alim ulamak untuk mengajar rakyat negeri MB berkaitan dengan Kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan selepas mati iaitu akhirat. Ingatlah MBku dengan mengingati mati jiwa dan peribadi seseorang mudah terbentuk dan di bentuk.

Wahai MBku, Kemajuan yang sebenar ialah mampu melahirkan kawan dan lawan yang memahami tentang Islam. Kawan menjadi sahabat hanya dengan agama menjadi penghubungnya. Lawan menjadi lemah dengan adanya Allah menjadi pendindingnya. Amanah yang diberi oleh Allah gunakan sebaiknya untuk mengabadikan kepada Allah. Lemah atau gagahnya kita juga bergantung kepada Iman di hati. Sahabat, rakan taulan hatta rakyat di bawah MB juga demikian sifatnya. Seandainya Iman sudah teguh dihati mungkin lahir nanti pengebom berani mati di negeri MB. Islam itu memerintah bukan diperintah.

Wahai MBku, Belilah jiwa - jiwa muda negeri MB dengan Islam. Islam menggalakkan kita bersukan tetapi mesti mematuhi peraturan tentang sukan. Jangan terlalu lalaikan remaja dengan sukan (bola) sebaliknya gunakanlah senjata sukan ini sebagai medan mengembangkan agama. Penuhilah stadium dengan papan tanda dan kain rentang mengingatkan rakyat MB tentang alam selepas mati. Contohnya 'Bola Kita Kuat, Sembahyang Kuat Juga', 'Kedah Maju Sukan, Kedah Maju Islam'. Ingatlah kita bergerak tidak sehaluan dengan pemimpin terdahulu.

Gerakkan YB - YB di negeri MB untuk bergerak seluruh daerah setiap Jumaat, Jelajahlah setiap kampung dan Pekan. Tonjolkanlah yang kepimpinan agama mampu segalanya. Berdirilah setiap YB - YB di mimbar - mimbar masjid, kenalilah rakyat, dalami masalah mereka. Ingatlah hanya pemimpin yang berjiwa rakyat yang mampu bertahan di alaf ini. Rasanya majoriti rakyat di negeri MB belum terkejut dari tidur sejak merdeka lagi. Sebaiknya sedarkanlah mereka tentang mengingati mati.

Wahai MBku, Judi dan arak rasanya lumrah di negeri ini. Sebenarnya kebanyakkan rakyat masih jahil tentang kefahaman Islam. Rasanya bukan 100% salah diletakkan pada mereka. Tarbiahlah, tazkirahlah mereka, sayangilah mereka kerana mereka juga makhluk yang dijadikan oleh 'Tuan' yang sama seperti MB dan YB - YB. Pihak berkuasa tempatan boleh memasang banner - banner untuk menghalang kemungkaran ini. Contohnya 'Hasil judi Umpama Babi', 'Judi memusnahkan ekonomi Islam' dll.

Pintu - pintu sempadan jangan dilupa. Maksiat yang dilakukan di seberang jangan di pandang enteng. Cara yang sebaiknya ialah memasang kain - kain rentang untuk mengingatkan rakyat negeri MB. 'Zina itu Haram', 'Rejam sehingga Mati Hukuman Yang layak Untuk Penzina' boleh dipasang. Ingatlah kebanyakkan anak - anak muda di negeri MB jahil benar agamanya. Punca inilah menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukan maksiat.

Bidang ekonomi rasanya mudah diatasi. Tanah terbiar memenuhi negeri. Sayur dan buahan mudah dikendati. Fakir dan miskin cubaan Ilahi, fikiran di beri penyelesaian di cari, Zakat dan sedekah kaedah di beri. Pendidikan agama dilupa jangan dari buaian ke liang lihad bidang ini MB terpaksa perhati, jangan tercicir walau satu generasi.

Maaflah MBku, harapan menggunung ini hanya seorang dari rakyatmu, mungkin beribu lagi harapan membuku, InsyaAllah dengan semangat dan azam di hati iaitu untuk Islam segalanya pertolongan Allah datangnya pasti. Kalau di muka bumi yang sempit ini kita ada halaman sendiri, Syurga Allah di akhirat tidak mungkin hidup kongsi - kongsi. So bersama - samalah kita berharap agar segala manusia yang beragama Islam sama - sama kita tinggal di sana. InsyaAllah...

Lakonan Lama Bermula Lagi

Nyawa - nyawa ikan pemimpin no satu pertubuhan Um No (Untuk Mu Tidak) sudah ke penghujungnya. Harapan untuk menyatukan orang Melayu di bawah kepimpinannya sudah tiada lagi. Negeri kelahirannya juga bukan lagi menjadi miliknya juga.
Antara langkah yang terpaksa di ambil ialah menghidupkan semula lakonan lama mereka. Lakonan ini sudah terjadi bilamana pemimpin yang nyawa - nyawa ikan itu perlukan nafas baru. Lakonan ini sudah terjadi sejak dari pemimpin sebelumnya lagi.
Lakonan akan dihidupkan dengan kemunculan watak si tua dari Gua Musang akan mencabar jawatan ini. Maka akan berkokoklah kaki - kaki bodek yang telah dilantik untuk berikrar menyokong kepimpinan nyawa - nyawa ikan ini. Pelbagai selogan dan kata janji dan ugutan akan kedengaran sekiranya pemimpin nyawa - nyawa ikan ini direbut akan jawatannya. Maka segenap penjuru dari cawangan, bahagian, negeri hatta menteri - menteri berjanji dan bersumpah setia akan terus bersama menyokong pemimpin nyawa - nyawa ikan ini.
Apa yang dapat disimpulkan ialah apabila situasi sebegini wujud maka saham pemimpin nyawa - nyawa ikan ini akan meningkat. Segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan akan dilupakan. Maklumlah 'Melayu Mudah Lupa'. Mangsanya ialah Si Tua Dari Gua Musang. Mungkin filem 'Musang Berjanggut' menjadi idola kepada pertubuhan ini. Melayu akan lumpuh sekiranya berlaku perpecahan lagak lakonan mereka.
Kesimpulan lain yang boleh dilihat dalam situasi ini ialah jatidiri bakal perwakilan bagi pertubuhan ini ialah 'zero'. Mengapa 'zero'? Perwakilan akan diletakkan dalam situasi yang serba salah. Membuat pemilihan kepimpinan berdasarkan akal sendiri tersekat. Perwakilan terdesak untuk menyokong pemimpin nyawa - nyawa ikan kerana lakonan tentang keperluan penyatuan Melayu menjadi temanya. Perkara pokok yang menyebabkan Um No hancur tidak wujud dalam situasi ini.
Nasib badanlah menganggotai pertubuhan yang menyekat perwakilannya dari berfikir menggunakan akal. Maklumler pertubuhan tua, tentu sudah nyanyuk dan berlakon mengikut skrip lama juga. Agaknya bilakah lagi Melayu boleh maju dalam pemikiran kerana asyik sangat dengan lakonan. Mungkin sebab inilah menyebabkan ramai artis mendapat anugerah 'dato'.
Wahai orang Melayu, berfikir dan bertindaklah menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dengan sewajarnya. Tindakan kita di atas muka bumi biarlah menggunakan akal dan fakta bukan berdasarkan lakonan semata. Hindarlah dari kata bekas PM kita 'Melayu Mudah Lupa'.

Wednesday, March 12, 2008

Bergunakah Harta

Di situ ku lihat
Rumah mewah laksana istana
Mobil Selesa bagai sutera
Tanah membukit geran berkajang
Keturunan bijak berlembar ijazah
Wang berkepuh laksana debu berterbangan
Dihujung sana
Pondok yang usang menanti menyembah tanah
Selipar yang bocor berbelit rupia
Menumpang sedetik wakaf si Kaya
Waris yang ada seadanya jua
Sekolah atap yuran percuma
Sekais di pagi makannya petang
Di sini hanya ada
Seorang yang mengharap pada Yang Esa
Harta dikurnia cukup seadanya
Tempat berlindung tidak kepanasan mentari
Berhujan tempias tidak sekali
Wang yang ada cukup seadanya
Harta tiada cukup berbelanja
Nikmat terlindung dari Yang Esa
Bergunakah harta
Bila malam kelam sunyi menjelma
Bila selimut menanti si lena
Bergunakah harta
Bila si kuman datang mengeliling
Ubat dan penawar di hujung kepala
Berjalan dipimpin kadang di surung
Bergunakah harta
Bila datang panggilan Ilahi
Tidak di tempoh barang sedetik
Tawaran berjuta tidak diusik
Bergunakah harta ini
Sanggup menipu menambah harta
Tinggalkan solat mengejarnya harta
Bohong dan tipu menambahnya harta
Curi dan ragut harta di cari
Gunanya untuk menambah zat sementara
Bertukar kulit bernama aurat
Hari ini mungkin harta milik kita
Pastikah esoknya harta itu masih hak kita lagi

Bergunakah Bangsa

Apakah sawo matang menjadi ukuran
Mata sepet menjadi sempadan
Berkulit gelap manjadi sanjungan
Bumiputra dan pendatang menjadi timbangan
Kita tidak adil sebenarnya
Kita merasa bangga dalam kebodohan
Kau dan aku dilahirkan sama
Dari rahim wanita ciptaan Ilahi
Mulia dan bersih mulanya semua
Dicorak di bentuk sekitar yang berbeza
Bila dewasa kita mula merasa
Kita berlainan bangsa rupanya
Kita alpa dengan ukuran sendiri
Kita mula lupa asalnya kita
Setitis mani hina anugerah Yang Esa
Kita mula melabel harga diri sendiri
Kita mula meletak harga diri sendiri
Seolah - olah itu yang abadi
Mainan keanakan semasa hidup disini
Kita mula lupa ke mana arah selepas ini
Di bumi mana lagi selepas ini
Balasan apa kemudian nanti
Kita tidak memikir kehidupan yang abadi
Kita dialpakan kehidupan sementara
Berdetik seketika di dalam hati
Bijakkah kita sekiranya begini?

Perlawanan Bermula

Kita baru selesai dalam satu perlawanan
Perlawanan yang penuh dengan tipu daya
Namun kita pasrah apa yang kita dapati
Kita yakin yang ketentuan sudah disuratkan
Kita yakin segalanya
Ada ujian dan hikmahnya
Kita akan bermula dengan perjuangan baru
Perjuangan dengan diri sendiri
Menghambat nafsu dalam diri
Sesuatu yang lebih sukar
Selamanya kita selalu tewas
Kita terpaksa mengorbankan segalanya
Mengatasi nafsu diri yang sentasa membara
Perjuangan kita baru bermula
Era dan cara yang berbeza
Jatidiri waja mesti dipeteri
Dalam diri
Dalam sanubari
Dalam hati
Sudahkah kita bersedia untuknya??

Monday, March 10, 2008

Suruh

Belajar
Belajar mengenal Allah
Belayar ke ceruk rantau mencari ilmu
Mencari si Alim pemberi ilmu
Tinggallah kampung tinggallah keluarga
Solat yang lima
Subuh yang dua di dingin pagi
Petang yang awal dimulai Zohor
Teruna petang Asar yang empat
Diawal malam mulai Maghrib
Malam yang datang Isya dikerjakan
Puasa
Siang hari kerjakan seadanya
Ramadzan sebulan sekejap jua
Maghrib berbuka ria rasanya
Nikmat diberi oleh yang Esa
Zakat
Diwajib cuma pada berharta
Hubungan kita sesama insan
Miskin dan berharta akrab dengannya
Tiada yang terpinggir dalamnya Islam
Haji
Wajib cuma sekali jua
Ke Mekah dituju pada yang kuasa
Bekal di bawa seadanya cuma
Berbekalkan taqwa itu yang utama

Cara Kita

Menadah tangan kepada Yang Esa
Dahi yang hina bertemu sejadah
Hati yang kudus berdetik cuma
Alhamdulilah
Ucapan terpuji
PadaMu Ya Allah
Pencipta yang layak mendapat pujian
Pencipta penentu segala kejadian
Kemenangan kekalahan milikMu jua
MakhlukMu yang hina penerima jua
Kemenangan
Manusia teruji dalam kemenangan
Riak dan takhbur menjadi hiasan
Manusia menjadi lupa daratan
Kekadang Alhamdulilah dilupa cuma
Hanyut dialam namanya kemenangan
Kekalahan
Tidak hadir antara dilari
cuma hadir setelah diuji
Marah dan kecewa hiasi diri
Dendam dan iri mainan hati
Awasi ujian dalam kemenagan
Berjaga juga dalam kekalahan
Iman dan taqwa penentu tindakan
Kembali semuanya menemui yang Esa