Thursday, April 10, 2008

Be End Suka Babi

Berdetik sesekali dalam diri
Puak - puak Be End suka dengan babi
Babi dijaja setiap hari
Dalam media siap ngan komentar sekali
Babi menjadi buah mulut sehari - hari
Dijaja di ucap setiap hari
Babi menjadi sanjungan manusia
Konon di suka kerajaan merah kuning
Babi hidup di hutan belantara
Habitat asalnya habis di noda
Felda dan Felcra hutan di pugar
Ke mana pula babi nak lari
Balak dan lebuhraya ikut hutan jua
Habitat babi hilang akhirnya
Manusia durjana tidak sedar asalnya
Bumi Allah kongsi ler bersama
Bela babi pekerjaan non muslim
Babi menjadi makanan rutinnya
Mengapa disekat hak mereka
Bukan tanah kita ini bumi tuhan
Be End memang tak tanggung jawab
52 tahun pegang kerajaan harta di angkut
Kawasan babi tidak dipeduli
Akhirnya Melaka jadinya bukti
Time darurat babi leh makan
Itu katanya ustaz kat surau
Kalau langsung tiada makanan
Babi leh makan nak teruskan hidup
Kilang arak besar dan mashyur
Lesen di beri oleh Be End kebulur
Mengapa ini tidak di sebut
Mungkin dah jadi minuman rasmi
Be End suka arak tempatan
Sebab itu tak ambil perhatian
Jadi minuman segenap lapisan
Melayu pengemar arak tempatan
Dijual serata pekan dan kampung
Tidak seperti daging si babi
Hanya di jual atas permintaan
Arak pula sebagai kebanggaan
Wahai manusia ciptaan tuhan
Minum arak jadi pemabuk dosa besar hukumnya
Makan babi itu ana tak mahu komen
Rasanya orang tak solat pun babi tak dimakannya
Mengapa babi di ambil pusing
Babi dijadikan oleh tuhan yang sama
Yang kita sembah yang jadi empunya alam
Arak yang binasa tidak ambil pusing
Porak peranda masyarakat kerana si arak
Islam jadi agama terpuji
Babi ditukar menjadi khinzir
Sedap di dengar rasa hormat pun ada
Hukum tetap asal rupa tetap sama
Puak Be End tidak tahu agama tahu apa
Babi - babi mainan mulut mereka
Tak geli ke lidah menyebut babi
Seolah khinzir dah bersarang di lidah
Dari berzikir menyebut khidzir
Baik ditukar kepada subhanAllah
Pahala menanti di alam barzakh
Dunia ini tempat sementara
Berkongsi hidup sesama kejadian
Hakikat terkandung adanya khinzir
Najis Mughozallah nama di beri
Orang beriman mesti tahu menyamak
Guna belajar cara mensuci
Baru mengenal air mutlak
Air tanah satu
Air mutlak enam
Kan terbukti itulah kebersihan