Friday, March 21, 2008

Lakonan Lama Bermula Lagi

Nyawa - nyawa ikan pemimpin no satu pertubuhan Um No (Untuk Mu Tidak) sudah ke penghujungnya. Harapan untuk menyatukan orang Melayu di bawah kepimpinannya sudah tiada lagi. Negeri kelahirannya juga bukan lagi menjadi miliknya juga.
Antara langkah yang terpaksa di ambil ialah menghidupkan semula lakonan lama mereka. Lakonan ini sudah terjadi bilamana pemimpin yang nyawa - nyawa ikan itu perlukan nafas baru. Lakonan ini sudah terjadi sejak dari pemimpin sebelumnya lagi.
Lakonan akan dihidupkan dengan kemunculan watak si tua dari Gua Musang akan mencabar jawatan ini. Maka akan berkokoklah kaki - kaki bodek yang telah dilantik untuk berikrar menyokong kepimpinan nyawa - nyawa ikan ini. Pelbagai selogan dan kata janji dan ugutan akan kedengaran sekiranya pemimpin nyawa - nyawa ikan ini direbut akan jawatannya. Maka segenap penjuru dari cawangan, bahagian, negeri hatta menteri - menteri berjanji dan bersumpah setia akan terus bersama menyokong pemimpin nyawa - nyawa ikan ini.
Apa yang dapat disimpulkan ialah apabila situasi sebegini wujud maka saham pemimpin nyawa - nyawa ikan ini akan meningkat. Segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan akan dilupakan. Maklumlah 'Melayu Mudah Lupa'. Mangsanya ialah Si Tua Dari Gua Musang. Mungkin filem 'Musang Berjanggut' menjadi idola kepada pertubuhan ini. Melayu akan lumpuh sekiranya berlaku perpecahan lagak lakonan mereka.
Kesimpulan lain yang boleh dilihat dalam situasi ini ialah jatidiri bakal perwakilan bagi pertubuhan ini ialah 'zero'. Mengapa 'zero'? Perwakilan akan diletakkan dalam situasi yang serba salah. Membuat pemilihan kepimpinan berdasarkan akal sendiri tersekat. Perwakilan terdesak untuk menyokong pemimpin nyawa - nyawa ikan kerana lakonan tentang keperluan penyatuan Melayu menjadi temanya. Perkara pokok yang menyebabkan Um No hancur tidak wujud dalam situasi ini.
Nasib badanlah menganggotai pertubuhan yang menyekat perwakilannya dari berfikir menggunakan akal. Maklumler pertubuhan tua, tentu sudah nyanyuk dan berlakon mengikut skrip lama juga. Agaknya bilakah lagi Melayu boleh maju dalam pemikiran kerana asyik sangat dengan lakonan. Mungkin sebab inilah menyebabkan ramai artis mendapat anugerah 'dato'.
Wahai orang Melayu, berfikir dan bertindaklah menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dengan sewajarnya. Tindakan kita di atas muka bumi biarlah menggunakan akal dan fakta bukan berdasarkan lakonan semata. Hindarlah dari kata bekas PM kita 'Melayu Mudah Lupa'.