Wednesday, March 12, 2008

Bergunakah Bangsa

Apakah sawo matang menjadi ukuran
Mata sepet menjadi sempadan
Berkulit gelap manjadi sanjungan
Bumiputra dan pendatang menjadi timbangan
Kita tidak adil sebenarnya
Kita merasa bangga dalam kebodohan
Kau dan aku dilahirkan sama
Dari rahim wanita ciptaan Ilahi
Mulia dan bersih mulanya semua
Dicorak di bentuk sekitar yang berbeza
Bila dewasa kita mula merasa
Kita berlainan bangsa rupanya
Kita alpa dengan ukuran sendiri
Kita mula lupa asalnya kita
Setitis mani hina anugerah Yang Esa
Kita mula melabel harga diri sendiri
Kita mula meletak harga diri sendiri
Seolah - olah itu yang abadi
Mainan keanakan semasa hidup disini
Kita mula lupa ke mana arah selepas ini
Di bumi mana lagi selepas ini
Balasan apa kemudian nanti
Kita tidak memikir kehidupan yang abadi
Kita dialpakan kehidupan sementara
Berdetik seketika di dalam hati
Bijakkah kita sekiranya begini?

No comments: