Sunday, May 20, 2007

takut dan harap

Takut Dan Harap
Malam ni tazkirah ustaz Hasin berkisar tentang takut dan harap.Apa yang perlu ditakutkan?Takut di sini ialah perasaan takut sewaktu mengerjakan ibadat dan amalan dalam beragama. Kita bersolat contohnya, timbul rasa takut sama ada amalan kita diterima Allah ataupun tidak.Kita melakukan amalan bersedekah, kita juga rasa takut kalau amalan yang kita lakukan diberi pahala dan di terima oleh Allah ataupun tidak.Jelaslah di sini perasaan takut mesti ada dalam diri kita tetapi perasaan ini wujud apabila kita melakukan sesuatu amalan baik.Rasa takut penting untuk mengwujudkan rasa ikhlas dalam mengerjakan ibadat.
Harap ataupun berharap agar segala amalan yang kita lakukan diberi pahala oleh Allah. Kita berdoa contohnya lalu kita berharap agar doa kita dimakbulkan Allah.Kita bersolat kita berharap Allah menerima amalan solat kita dan diberi pahala olehNya.Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung harap semasa di dunia ini ataupaun di alam barzakh ataupun alam akhirat.
Pada fahaman aku, sifat takut dan harap ini sangat penting dalam amalan seharian kita terutama yang berkaitan dengan ibadah kita.Alangkah ruginya sekiranya segala amalan kita tidak di terima oleh Allah. Ampunkan aku ya Allah dan terimalah segala amalanku. Amin ya Robbal A'lamin.

No comments: