Wednesday, March 12, 2008

Bergunakah Bangsa

Apakah sawo matang menjadi ukuran
Mata sepet menjadi sempadan
Berkulit gelap manjadi sanjungan
Bumiputra dan pendatang menjadi timbangan
Kita tidak adil sebenarnya
Kita merasa bangga dalam kebodohan
Kau dan aku dilahirkan sama
Dari rahim wanita ciptaan Ilahi
Mulia dan bersih mulanya semua
Dicorak di bentuk sekitar yang berbeza
Bila dewasa kita mula merasa
Kita berlainan bangsa rupanya
Kita alpa dengan ukuran sendiri
Kita mula lupa asalnya kita
Setitis mani hina anugerah Yang Esa
Kita mula melabel harga diri sendiri
Kita mula meletak harga diri sendiri
Seolah - olah itu yang abadi
Mainan keanakan semasa hidup disini
Kita mula lupa ke mana arah selepas ini
Di bumi mana lagi selepas ini
Balasan apa kemudian nanti
Kita tidak memikir kehidupan yang abadi
Kita dialpakan kehidupan sementara
Berdetik seketika di dalam hati
Bijakkah kita sekiranya begini?

Perlawanan Bermula

Kita baru selesai dalam satu perlawanan
Perlawanan yang penuh dengan tipu daya
Namun kita pasrah apa yang kita dapati
Kita yakin yang ketentuan sudah disuratkan
Kita yakin segalanya
Ada ujian dan hikmahnya
Kita akan bermula dengan perjuangan baru
Perjuangan dengan diri sendiri
Menghambat nafsu dalam diri
Sesuatu yang lebih sukar
Selamanya kita selalu tewas
Kita terpaksa mengorbankan segalanya
Mengatasi nafsu diri yang sentasa membara
Perjuangan kita baru bermula
Era dan cara yang berbeza
Jatidiri waja mesti dipeteri
Dalam diri
Dalam sanubari
Dalam hati
Sudahkah kita bersedia untuknya??

Monday, March 10, 2008

Suruh

Belajar
Belajar mengenal Allah
Belayar ke ceruk rantau mencari ilmu
Mencari si Alim pemberi ilmu
Tinggallah kampung tinggallah keluarga
Solat yang lima
Subuh yang dua di dingin pagi
Petang yang awal dimulai Zohor
Teruna petang Asar yang empat
Diawal malam mulai Maghrib
Malam yang datang Isya dikerjakan
Puasa
Siang hari kerjakan seadanya
Ramadzan sebulan sekejap jua
Maghrib berbuka ria rasanya
Nikmat diberi oleh yang Esa
Zakat
Diwajib cuma pada berharta
Hubungan kita sesama insan
Miskin dan berharta akrab dengannya
Tiada yang terpinggir dalamnya Islam
Haji
Wajib cuma sekali jua
Ke Mekah dituju pada yang kuasa
Bekal di bawa seadanya cuma
Berbekalkan taqwa itu yang utama

Cara Kita

Menadah tangan kepada Yang Esa
Dahi yang hina bertemu sejadah
Hati yang kudus berdetik cuma
Alhamdulilah
Ucapan terpuji
PadaMu Ya Allah
Pencipta yang layak mendapat pujian
Pencipta penentu segala kejadian
Kemenangan kekalahan milikMu jua
MakhlukMu yang hina penerima jua
Kemenangan
Manusia teruji dalam kemenangan
Riak dan takhbur menjadi hiasan
Manusia menjadi lupa daratan
Kekadang Alhamdulilah dilupa cuma
Hanyut dialam namanya kemenangan
Kekalahan
Tidak hadir antara dilari
cuma hadir setelah diuji
Marah dan kecewa hiasi diri
Dendam dan iri mainan hati
Awasi ujian dalam kemenagan
Berjaga juga dalam kekalahan
Iman dan taqwa penentu tindakan
Kembali semuanya menemui yang Esa

Friday, February 15, 2008

Kemenangan

Satu ketetapan dari Ilahi
Hadir dari satu pertandingan
Menceriakan bagi yang merasainya
Melegakan satu penantian yang menyeksakan
Kemenangan satu ketetapan dari Ilahi
Namun kita yang jahil belum mengetahuinya
Kemenangan
Satu ujian dari Ilahi
Menduga kita supaya tidak lupa pertanggungjawaban
Memenuhi satu tuntutan yang dijanji
Kemenangan
Bukan tiket membalas dendam
Bukan pintu satu kemungkaran
Menghalalkan cara kerana kemenangan
Satu tindakan yang dilarang
Kemenangan menggamit jati diri
Membongkar segala tindakan lalu
Membersih segala kesilapan lalu
Membina peperangan ke pintu tulus
Menutup kesilapan lalu
Berdasarkan Al Quran
Berlandaskan Al Sunnah
Selagi berpijak di bumi Mu Ya Allah
Tetapkan Iktikad mulakan azam
Tegakkan Islam dengan tiketnya kemenangan

Friday, February 1, 2008

Menempuh Cubaan

Semakin hari aku semakin lalai
Lalai dan alpa dalam dunia siber
Apa yang ku cari
Apa yang ku kejar
Apa yang ku inginkan
Kekadang aku inginkan memahami perjalanan politik
kekadang aku inginkan mendalami agamaku
Namun aku selalu tergelincir
Tergelincir dalam gelombang nafsu gila
Melihat manusia bernama wanita
Menarik,memikat dan memberahikan
Berdosakah aku....
Membazir waktu yang terhad
Menyiakan nikmat yang diberikan
Nikmat masa
Nikmat tubuh badan
Nikmat umur
Tak terhitung nikmat Mu Ya Allah
Tak mampu aku menghitungnya..
Ampunkan aku Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allah

Thursday, January 10, 2008

Menipu untuk Keinsafan

Kekadang menipu jadi penting
Mengajar manusia yang leka
Hanyut dalam alam maya
Tanpa sempadan tanpa hadnya

Hanyut dan leka dalam hidup yang sementara
Hanya hidayat ku pohonkan
Untuk berjuang menyedarkan insan
Mengenal akhirat hari penentuan

Mencari keseronokkan yang sementara
Lupa pada usia yang menjamah
Liang lahad menunggu sudah
Amal ibadat tiada dihitung

Bangunlah umat Muhammad s.a.w
Tegakkan Islam agama kemenangan
Biar kafir tau kebenaran Islam
Biar mereka tahu kesucian Islam
Biar mereka tahu keadilannya Islam
Biar dunia melihat Islam adalah segalanya
Amin Ya Allah