Friday, April 8, 2011

sem6 massa tv7hari

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejarah televisyen bermula dengan ’selenium mosaic’ yang bertujuan untuk menghantar gambar pada tahun 1874. Pada tahun 1902 pula tercipta pengimbas yang boleh menghantar dan menerima gambar. Siaran TV warna pula mula digunakan pada tahun 1950. Sukan Olimpik Tokyo disiarkan secara langsung melalui satelit pada tahun 1964. Begitulah senario perkembangan televisyen di peringkat dunia.

Di Malaysia pula bermula dengan saluran tunggal – Saluran 5 TV Malaysia, yang dipancarkan terus dari studio Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 28 Disember 1963. Perkembangan televisyen di Malaysia bertambah rancak antara tahun 1964 dan 1965. Sebanyak tujuh pemancar baru telah dibina di seluruh semenanjung.

Pada 12 Oktober 1969, operasi radio dan televisyen telah diletakkan bawah tanggung jawab Jabatan Penerangan Malaysia. Pada 17 November 1969, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Badan penyiaran televisyen swasta mula diperkenalkan pada tahun 1984. Siaran ini dikenali sebagai TV3. Pada tahun 1966, warga Malaysia diperkenalkan pula kepada perkhidmatan televisyen satelit yang dikenali sebagai ASTRO. Menjelang 7 April 1998, Malaysia mempunyai sebuah lagi stesen penyiaran swasta yang dikenali sebagai NTV7. Begitulah secara ringkas perkembangan televisyen di negara ini.

1.2 Objektif

Dalam menjalankan kajian kerja kursus ini kami telah membuat catatan tentang aktiviti menonton program televisyen selama tujuh hari secara berturut – turut. Kami telah memilih program yang berbeza dan saluran yang berbeza juga. Masa siaran juga berbeza, iaitu sekurang – kurangnya 30 minit untuk setiap program itu.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini, kami menggunakan kaedah pemerhatian siaran selain rujukan di perpustakaan, pembacaan dari akhbar, sidang video dari internet dan kaedah perbincangan bersama tutor dan juga sesama pelajar dari kumpulan lain yang mengikuti kursus Pengenalan Komunikasi Massa .

1.4 Batasan Kajian

Batasan kajian kerja kursus ini ialah membuat ulasan tentang rasional pemilihan program, isi kandungan program, pengajaran program yang ditonton, pandangan peribadi serta perkaitan antara aspek – aspek pembelajaran dalam kursus ini.

1.5 Definisi Konsep

1.5.1 Program

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 : 1233 ) program bermaksud susunan rancangan seperti drama, filem, muzik dan sebagainya yang ditonton di televisyen atau didengar di radio.

Nama Program :

Tanyalah Ustaz

Saluran :

TV9

Tarikh :

26 Febuari 2011

Jenis Program :

Pendidikan / Keagamaan

Waktu Siaran :

6:48 am

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

6:48am hingga 7:48am

Ulasan Program Tanyalah Ustaz

Program ini kami pilih kerana program ini banyak memberi manfaat kepada kami dalam mengharungi kehidupan dunia ini mengikut lunas – lunas agama yang terdapat dalam Al – Quran dan hadis nabi saw. Program Tanyalah Ustaz mengupas permasalahan agama tentang hukum – hukum di dalam sesuatu amalan, sama ada amalan berbentuk wajib, sunat, harus, makhruh ataupun haram. Kesesuaian masa siaran juga memudahkan untuk kami mengikuti program ini. Program ini disiarkan selepas kami selesai mengerjakan solat Subuh dan kami berpeluang mengikuti program ini dengan selesa dan tenang.

Program ini mengandungi elemen yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan seorang muslim yang beriman. Memaparkan bentuk kehidupan manusia yang beriman, beramal dan berikhlas diri hanya pada Allah swt. Amalan bertaqwa kepada Allah swt diterjermahkan dalam kehidupan seharian, sama ada sewaktu melakukan ibadat kepada Allah swt, menjalani kehidupan seharian ataupun segala bentuk perwatakan diri dalam menjalani kehidupan ini.

Pengajaran dari program Tanyalah Ustaz ini sangat bermanfaat dalam mencari redha Allah swt. Manusia yang teragung di muka bumi ini ialah Nabi Muhammad saw. Segala bentuk perbuatan dan amalan baginda adalah mengikut perintah Allah swt. Jesteru itu untuk menjadi mulia seseorang itu, sewajarnya segala suruhan dan larangan Allah dan rasulNya mestilah diikuti dan dipatuhi dengan sedaya mungkin yang merangkumi segala urusan hidup seperti ibadat, muamalat (perniagaan), munakahat (kekeluargaan), dan jinayat (perundangan).

Peranan media massa sebagai pentafsir dapat diterjemah dalam program ini. Ini dapat dibuktikan dengan bentuk laporan fakta dan data yang diungkapkan oleh penceramah (ustaz) yang menyampaikan kuliah mereka. Segala fakta dan data yang disampaikan diulas dengan panjang lebar untuk kefahaman khalayak. Kita akan dapat memahami sesuatu peristiwa atau perkara yang dibincangkan itu dengan bantuan tafsiran media massa. Ustaz yang dijemput itu mampu memberi penjelasan tentang sesuatu permasalahan kerana mereka lebih arif tentang ilmu yang mereka miliki itu.

Sifat khalayak di negara ini yang mencapai tahap massa dan merupakan jumlah teramai menyebabkan program sebegini disiarkan. Majoriti penduduk negara ini yang beragama Islam menyebabkan siaran sebegini menjadi popular. Lazimnya golongan warga emas menghabiskan masa senggang mereka dengan menonton televisyen dan waktu siaran sebegini memungkin khalayak mengikuti program ini.

Nama Program :

Motivasi Pagi

Saluran :

TV3

Tarikh :

27 Febuari 2011

Jenis Program :

Pendidikan

Waktu Siaran :

6:30 am

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

6:30 am hingga 7:30 am

Ulasan Program Motivasi Pagi

Kami memilih program Motivasi Pagi kerana program ini banyak memberi pendidikan dan pengetahuan baru kepada kami. Program ini menambahbaik sikap dan sifat kami untuk menjalani kehidupan. Pakar motivasi yang diundang mampu mengungkai permasalahan dalam diri supaya mampu menyahut segala cabaran dan halangan dalam kehidupan. Program ini disiarkan pada awal pagi pada hari cuti umum dan sesuai dengan masa rehat kami pada hujung minggu.

Dalam program ini, kami telah didedahkan dengan motivasi untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pakar motivasi ini telah memberi berbagai teknik dan kaedah untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Aspek pengurusan masa adalah fokus utama beliau untuk menjadikan seseorang itu menjadi cemerlang. Pakar motivasi ini pula telah menghasilkan beberapa beberapa buah buku motivasi.

Program Motivasi Pagi ini banyak memberi manfaat kepada kami. Kumpulan kami bersepakat mengatakan bahawa program sebegini akan memberi pelbagai pengetahuan baru kepada khalayak, khasnya dalam bidang memajukan diri sendiri. Peluang khalayak menimba sebanyak ilmu tentang diri sendiri boleh didapati dengan mudah hanya melalui siaran yang ada di kaca televisyen.

Peranan media massa sebagai penghubung dapat diterjemah apabila program ini dapat dikaitkan bilamana program ini melibatkan budaya dengan masyarakat semasa. Masyarakat yang ada di negara yang menuju ke arah negara maju memerlukan masyarakat yang berubah cara berfikir dan bertindak selari dengan keperluan semasa negara. Program ini turut berperanan dalam menyatukan masyarakat dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis.

Program ini dari segi sifat khalayak pula lebih kepada tahap pengkhususan. Ini kerana khalayak di tahap ini terdiri daripada masyarakat yang sudah matang dalam memilih bahan yang bertepatan dengan minat, keperluan dan profesyen mereka. Program Motivasi yang disiarkan oleh TV3 ini memenuhi ciri – ciri khalayak sebegini.

Teori media demokrasi boleh dilihat dalam program Motivasi Pagi. Teori ini wujud dalam masyarakat liberal yang membangun. Ianya amat menekankan kepada kehendak, minat dan inspirasi penerima dalam kelompok masyarakat tertentu. Teori Media untuk pembangunan juga boleh dikaitkan dalam program ini. Aspek pembangunan negara, masyarakat dan kepentingan ekonomi turut terkandung dalam program Motivasi Pagi ini.

Nama Program :

National Geographic

Saluran :

ASTRO 550

Tarikh :

28 Febuari 2011

Jenis Program :

Dokumentari

Waktu Siaran :

11:30 pm

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

11:30 pm hingga 12:30 pm

Ulasan Program National Geographic

Program National Geographic ini disiarkan disaluran 550 ASTRO. Program ini disiarkan pada pukul 11:30pm. Jenis program ini ialah dokumentari. Kami menonton program ini kerana banyak memberi pengetahuan kepada kami tentang kehidupan haiwan di dunia ini. Program ini berkisar tentang kehidupan haiwan liar seperti singa, harimau, serigala dan anjing liar untuk mendapatkan makanan dan cara haiwan – haiwan ini menumpaskan haiwan lain untuk mendapatkan makanan buruan.

Kami memilih untuk mengikuti program National Geographic kerana dapat menimba ilmu tentang kehidupan haiwan liar. Program ini berkisar tentang perjalanan hidup seharian haiwan – haiwan liar untuk bersaing mendapatkan makanan. Dipaparkan teknik – teknik perburuan semulajadi haiwan liar tersebut, cara dan kaedah membunuh mangsa walaupun mangsa – mangsa tersebut lebih besar saiznya dari haiwan liar tersebut.

Dari dokumentari tersebut, pelbagai pengajaran boleh kami perolehi. Antaranya ialah tentang kehebatan makhluk – makhluk yang dijadikan oleh Allah di muka bumi ini. Haiwan liar contohnya, walaupun tidak memiliki saiz yang besar seperti kerbau, namun mampu membunuh kerbau yang saiznya jauh lebih besar. Semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh sekumpulan serigala dalam memburu mangsa seperti kerbau sangat mengkagumkan kami. Begitu juga dengan kita, seandainya kerja berpasukan sesuatu permasalahan boleh diatasi.

Peranan media massa sebagai penghibur boleh digunapakai dalam program ini. Program hiburan yang memberi maklumat boleh memberi manfaat kepada kami. Kami boleh mengenal dengan lebih lanjut tentang kehidupan haiwan liar di samping turut terhibur dengan aksi dan lagak haiwan berkenaan. Hiburan bukan sahaja wujud dalam skop yang kecil seperti dunia glamour artis sahaja, tetapi hiburan yang berlaku secara semulajadi oleh haiwan juga boleh membuatkan kami terhibur apabila menonton program ini.

Perkara yang menarik perhatian kami ialah mengenai kesan program ini dari sudut pengaruh keganasan yang ditonjolkan. Adegan – adegan penuh aksi dan ganas pasti menarik perhatian audien samada kanak – kanak atau orang dewasa. Kesan adegan ganas terhadap audien terutamanya kanak – kanak telah menjadi bahan kajian dan polemik dalam masyarakat. Terdapat pelbagai jenis penyelidikan dan kajian serta teori yang berkaitan keganasan dalam media massa.

Nama Program :

Tutor TV

Saluran :

ASTRO 610

Tarikh :

1M ac 2011

Jenis Program :

Pembelajaran UPSR

Waktu Siaran :

10:00 am

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

10:00 am hingga 10:30 am

Ulasan Program Tutor TV

Tutor TV merupakan satu program pendidikan yang disiarkan melalui saluran ASTRO 610. Saluran ini merupakan satu saluran khas yang disediakan untuk para pelajar samada di peringkat rendah dan menengah yang menduduki peperiksaan awam mengikuti pembelajaran tambahan berkaitan topik – topik yang telah dipelajari di sekolah. Para pelajar berpeluang mengikuti saluran ini di sekolah kerana setiap sekolah mempunyai bilik tayangan yang sememangnya di sediakan saluran ASTRO.

Kami memilih untuk menonton dan mengkaji saluran ini kerana kami merupakan seorang pendidik yang semestinya peka kepada dunia pendidikan terkini. Program yang kami tonton ini mendedahkan kepada murid – murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Matapelajaran yang disiarkan pada waktu ini ialah Matematik, ianya disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Topik pelajaran pula ialah ‘whole numbers’. Aktiviti yang ada dalam program ini memudahkan kami dan murid – murid kami memahami konsep yang ingin disampaikan

Peranan media massa sebagai penghubung dapat dilihat dalam program sebegini. Ini kerana fungsi dan peranan media massa sebagai penghubung bertugas apabila wujud jalinan persekitaran dengan masyarakat, peristiwa dengan masyarakat. Peperiksaan awam merupakan satu bentuk peristiwa dan para pelajar pula merupakan satu kelompok masyarakat yang akan menghadapi peristiwa tersebut. Jelaslah di sini adanya perkaitan antara media massa dan masyarakat dan media massa menjadi penghubung antara peristiwa yang akan berlaku ini.

ASTRO memahami sifat khalayak pelanggannya. Pelajar dan guru – guru yang mengikuti saluran ini adalah di tahap pengkhususan. Pada tahap ini semestinya para pelajar mempunyai kecenderungan yang khusus. Guru dan pelajar pada tahap ini pastinya sudah matang dalam memilih bahan siaran yang bertepatan dengan keperluan mereka, iaitu cuba memahami kaedah pelajaran dengan pelbagai cara dan bahan.

Media massa tidak boleh lari dari tanggungjawab sosial. Program pendidikan yang ada dalam siaran yang kami tontoni ini merupakan satu contoh yang menunjukkan tanggungjawab media massa kepada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan. Walaupun media massa mempunyai sedikit elemen kebebasan namun ianya mesti seiringan dengan kewajipan kepada masyarakat.

Kami dapat melihat bahawa media dalam operasinya mempunyai normanya yang tersendiri. Dengan ini menunjukkan bahawa media itu mempunyai cara tersendiri dalam mendapat, menerbit dan menyalurkan maklumat. Ianya sentiasa berubah bergantung kepada keperluan zaman dan masyarakat semasa.

Nama Program :

BersamaMu

Saluran :

TV3

Tarikh :

2 Mac 2011

Jenis Program :

Kemasyarakatan

Waktu Siaran :

9:30 pm

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

9:30 pm hingga 10:00 pm

Ulasan Program BersamaMu

BersamaMu TV3 adalah salah satu program siaran yang kami tonton dalam menyiapkan tugasan kami. Program ini disiarkan melalui saluran TV3 jam 9:30 malam. Program ini berbentuk kemasyarakatan. Kandungan program ini pula melibatkan pihak media yang prihatin kepada masyarakat yang kurang upaya, samada dari segi kewangan, anggota tubuh badan dan sebagainya.

Kami memilih siaran ini kerana ingin melihat sejauh mana sumbangan masyarakat yang prihatin kepada orang lain di samping itu juga waktu siaran ini berlangsung sangat sesuai waktu itu dimanfaatkan bersama keluarga dan anak – anak untuk menerapkan unsur kasih sayang pada orang lain yang memerlukan bantuan. Dalam program ini, kami disajikan dengan penderitaan hidup satu keluarga yang hidup menumpang di rumah tinggalan orang dalam sebuah ladang getah.

Terlalu banyak pengajaran apabila menonton siaran ini. Perasaan sebak dan hiba mengenang dugaan hidup yang ditempuhi oleh orang lain. Timbul rasa bersyukur yang amat sangat walaupun kami hidup dalam keadaan serba keserhanaan. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan dalam mengenal pasti kehidupan masyarakat setempat, supaya tidak ada yang tercicir dalam usaha membasmi kemiskinan setempat.

Program ini sangat jelas memperlihatkan kepada kami bahawa media massa bertindak menjadi penghubung, iaitu menghubungkan masyarakat dengan masyarakat. Ini terbukti apabila orang yang di bantu itu mendapat sumbangan dan pertolongan dari masyarakat setempat dan juga badan – badan koperat dalam menyalurkan sumbangan mereka. Unsur menyatukan masyarakat juga wujud dalam situasi sebegini. Lazimnya mereka yang daif ini terabai dari segi pendidikan. Apabila campurtangan media berlaku maka mereka lebih terdedah dengan badan – badan tertentu yang berkewajipan untuk menolong mereka ini.

Program ini sesuai disiarkan di negara ini kerana khalayak media massa di naegara ini adalah tahap massa. Bilangan penonton TV3 yang ramai yang boleh dilihat apabila ‘sure heboh’ dilaksanakan menunjukkan penyiaran program sebegini akan tercapai matlamatnya. Syarikat – syarikat pengiklanan sudah tentu mengambil peluang ini untuk memperkenalkan produk baru mereka. Maka teori kesan media terhadap masyarakat akan wujud dalam situasi sebegini. Hubungan media dan ekonomi, hubungan media dengan sistem politik dan juga hubungan media dengan masyarakat.

Nama Program :

Semanis Kurma

Saluran :

TV9

Tarikh :

3 Mac 2011

Jenis Program :

Pendidikan / Keagamaan

Waktu Siaran :

9:47 pm

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

9:47 pm hingga 10:45 pm

Ulasan Program Semanis Kurma

Program ini kami pilih kerana program ini banyak memberi manfaat kepada kami dalam mengharungi kehidupan dunia ini mengikut lunas – lunas agama yang terdapat dalam Al – Quran dan hadis nabi saw. Program Semanis Kurma mengupas permasalahan agama tentang hukum – hukum di dalam sesuatu amalan, sama ada amalan berbentuk wajib, sunat, harus, makhruh ataupun haram. Kesesuaian masa siaran juga memudahkan untuk kami mengikuti program ini. Program ini disiarkan selepas kami selesai mengerjakan solat Isya dan kami berpeluang mengikuti program ini bersama keluarga tercinta.

Program ini mengandungi elemen yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan seorang muslim yang beriman. Memaparkan bentuk kehidupan manusia yang beriman, beramal dan berikhlas diri hanya pada Allah swt. Amalan bertaqwa kepada Allah swt diterjermahkan dalam kehidupan seharian, sama ada sewaktu melakukan ibadat kepada Allah swt, menjalani kehidupan seharian ataupun segala bentuk perwatakan diri dalam menjalani kehidupan ini.

Pengajaran dari program Semanis Kurma ini sangat bermanfaat dalam mencari redha Allah swt. Manusia yang teragung di muka bumi ini ialah Nabi Muhammad saw. Segala bentuk perbuatan dan amalan baginda adalah mengikut perintah Allah swt. Jesteru itu untuk menjadi mulia seseorang itu, sewajarnya segala suruhan dan larangan Allah dan rasulNya mestilah diikuti dan dipatuhi dengan sedaya mungkin yang merangkumi segala urusan hidup seperti ibadat, muamalat (perniagaan), munakahat (kekeluargaan), dan jinayat (perundangan).

Peranan media massa sebagai pentafsir dapat diterjemah dalam program ini. Ini dapat dibuktikan dengan bentuk laporan fakta dan data yang diungkapkan oleh penceramah yang terdiri dari seorang ustaz dan seorang ustazah yang juga merupakan sepasang suami isteri berbincang dalam mengupas sesuatu isu dan permasalahan dalam konteks kehidupan bekeluarga. Segala fakta dan data yang disampaikan diulas dengan panjang lebar untuk kefahaman khalayak.

Sifat khalayak di negara ini yang mencapai tahap massa dan merupakan jumlah teramai menyebabkan program sebegini disiarkan. Majoriti penduduk negara ini yang beragama Islam menyebabkan siaran sebegini menjadi popular. Lazimnya golongan warga emas menghabiskan masa senggang mereka dengan menonton televisyen dan waktu siaran sebegini memungkin khalayak mengikuti program ini.

Nama Program :

Buletin Awani

Saluran :

ASTRO 501

Tarikh :

4 Mac 2011

Jenis Program :

Berita

Waktu Siaran :

11:00 pm

Waktu Mula dan Tamat Menonton :

11:00 pm hingga 11:30 pm

Ulasan Program Buletin Awani

Hari ke – tujuh kami memilih untuk memilih untuk menonton program Buletin Awani. Sebagaimana sedia maklum Buletin Awani ialah siaran berita. Kami memilih untuk menonton Belutin Alwani kerana program ini banyak menyajikan laporan berita – berita terkini dari dalam dan luar negara. Perkembangan sukan juga ada dalam program berita yang disiarka dalam Buletin Awani.

Program ini banyak memberi manfaat kepada kami khasnya yang bekerja sebagai guru kerana perkembangan semasa tanah air terutama yang berkaitan dengan kerjaya perlu diketahui segera untuk disampaikan pula kepada anak didik kami. Program ini juga berguna kepada kami untuk bertindak dengan arus perdana dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang guru dan juga rakyat dalam sebuah negara. Jesteru program berita yang banyak memberi info ini perlu diikuti jika ada kelapangan waktu.

Program berita ini bolehlah dihuraikan bahawa peranan media massa adalah sebagai pemerhati. Media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita. Dari pemerhatian tersebut, media massa akan melaporkan kepada khalayak umum tentang perkembangan dan peristiwa semasa yang berlaku. Peranan ini telah mengambil – alih tugas – tugas tradisional yang telah dipikul oleh Tukang Canang yang diamalkan sejak zaman dulu.

Fungsi media sebagai pemberi amaran dan instrumental telah diterjemah dalam program Belutin ini. Buletin Awani juga menyiarkan ancaman bahaya kepada penduduk setempat seperti wabak penyakit, bencana alam dan sebagainya. Instrumental pula dijelmakan pula dengan laporan untuk kemajuan sesebuah masyarakat, pembukaan rasmi dan acara rasmi dalam negara. Peranan media massa sebagai pemerhati begitu menonjol dalam dalam program Buletin Awani ini.

Program Buletin Awani memberi kesan terhadap individu dari segi kognitif, afektif dan perlakuan khalayak. Wujudnya hubungkait antara sistem media dan sistem politik, sistem ekonomi dan sistem sosial dalam sesebuah masyarakat. Kesan – kesan ini dapat dilihat dalam pembentukkan sikap, pembentukan agenda. Kesan tingkah laku juga wujud apabila disajikan dengan berita yang berunsur amaran. Masyarakat akan lebih bersiap siaga dalam menghadapi ancaman yang disiarkan itu.

Rumusan

Program televisyen yang ada di negara kita memenuhi semua peringkat umur. Dari kanak – kanak, remaja, dewasa, hinggalah warga emasnya. Siaran yang terdapat juga mencakupi setiap skop kehidupan masyarakat samada keagamaan, kesukanan, pekerjaan dan hobi. Pengabung jalinan yang terdapat dalam setiap program yang disajikan mampu menarik minat khalayak dan masyarakat.

Program yang disajikan ini telah mengkelaskan fungsi dan peranan media massa dalam memahami program tersebut. Ada program yang berperanan sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung ataupun penghibur. Bergantung kepada program yang disiarkan.

Kami juga dapat mengenal pasti jenis – jenis khalayak yang mengikuti sesuatu program yang disiarkan. Hal ini menyebabkan timbulnya pelbagai tahap dalam mengikuti siapa khalayak media massa. Tahap elit, tahap massa, tahap pengkhususan dan tahap interaktif. Jesteru itu program yang disiarkan akan cuba mencari tahap khalayak paling ramai untuk mendapat maklum balas.

Program yang disiarkan ini akan memberi pelbagai kesan kepada masyarakat. Kesan – kesan ini telah dikenalpasti melalui pelbagai teori seperti teori peluru ajaib, teori kesan terhad, teori penyuburan ataupun teori penentuan agenda. Semua teori ini akan memberi kesan kepada terhadap individu dan masyarakat.

Rujukan

1. Asiah Sarji, (1991). Penyiaran dan Masyarakat : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

2. Mohamed Md. Yusof. (1993). Media dan Masyarakat – satu kumpulan esei.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. http://www.tv3.com.my/

4. http://www.astro.com.my/

5. http://www.srikasih.co.cc/2008/11/kesan-pengaruh-tv-ke-atas-kanak-kanak.html

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyen_digital_di_Malaysia