Friday, April 8, 2011

sem6 akhbar 7hari

Sumber berita : Harian Metro

Muka surat : Muka Hadapan

Tarikh : 12 Januari 2011

Jenis berita : Ekonomi

Isu : Kepentingan minuman yang berkhasiat dalam bersukan

Fungsi berita : Penghubung

Fungsi berita sebagai pemerhati dapat dilihat dalam aspek berita yang disiarkan. Berita yang disiarkan ini memerhatikan tentang ancaman bahaya tentang bahaya keruntuhan akhlak dan nilai agama kepada khalayak. Pemerhatian terhadap bahaya jangka panjang yang akan melanda khalayak umum. Media massa yang menyalurkan berita sebegini perlulah dapat menyalurkan maklumat kepada khalayak pada kadar seberapa segera juga. Media massa menyebarkan berita sebegini untuk mengajak khalayak bersedia dari segi fizikal dan spiritual untuk menghadapi gejala keruntuhan ikatan kekeluargaan dalam negara ini.

Pada pendapat saya berita yang disiarkan ini akan menyentuh hati sanubari khalayak. Sikap yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang sanggup meninggalkan suami serta ibunya semata – mata mengikut seorang lelaki lain. Sikap seorang wanita Melayu yang lazimnya beragama Islam haruslah di pandang sebagai satu bala yang melanda negara kita. Perbuatan sebegini tidak semestinya berlaku dalam masyarakat timur yang dilihat oleh negara luar sebagai menjunjung budaya yang terpuji.

Kesan yang mungkin timbul dari berita sebegini ialah sikap curiga penduduk terhadap orang yang datang ke negara ini sama ada sebagai pelajar, pelancong mahupun pekerja asing. Ini kerana dalam laporan berita yang ditulis itu dinyatakan yang wanita tersebut telah jatuh cinta kepada seorang pelajar dari Iran. Akibat dari rasa sayang dan cinta itu, wanita tersebut telah lari meninggalkan keluarga dan tinggal bersama pemuda Iran tersebut.

Manusia adalah makhluk yang kompleks dan sentiasa berkembang. Lazimnya manusia berubah cara hidup sosial mereka hasil dari peniruan sesuatu budaya hidup. Amatlah mendukacitakan seandainya ada lagi wanita – wanita yang ingin meniru gaya hidup yang diamalkan oleh wanita dalam laporan berita ini. Wanita yang bercita – cita untuk berkahwin dengan lelaki luar negara sedangkan pada masa yang sama mereka masih menjadi isteri orang yang sah mengikut undang – undang.

Antara pengajaran yang boleh diambil dari berita tersebut ialah intitusi kekeluargaan haruslah menekankan tentang kefahaman tentang agama. Agama Islam yang menjadi sebagai agama rasmi negara haruslah diterapkan dalam setiap keluarga Islam. Manusia yang memahami tentang dosa – pahala, syurga – neraka, halal atau haram pastinya akan terhindar dari melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari.

Pengajaran lain yang boleh dikutip dari laporan berita tersebut ialah setiap perkahwinan tidak semestinya kekal ke anak cucu. Perkahwinan ibarat sebuah pelayaran, terkadang sampai ke pelabuhan dan terkadang karam di lautan. Semua yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Manusia hanya mampu merancang, namun yang menentukan bahagia atau derita sesebuah keluarga adalah Allah swt.

Antara cadangan saya ialah, berita yang melibatkan soal perkahwinan dan berumah tangga sebegini tidak perlu menjadi tajuk muka hadapan akhbar ini. Sebagai sebuah masyarakat yang menjunjung ketinggian budi pekerti dan akhlak terpuji sepatutnya laporan berita yang memberi motivasi dalam kemajuan masyarakat sepatutnya diletakkan di muka hadapan. Lazimnya akhbar harian akan digantung di hadapan kedai, menjadi tatapan orang ramai walaupun mereka tidak membelinya. Persepsi orang yang membacanya semestinya pelbagai. Mereka yang mempunyai keintelektual mungkin dapat memikir secara rasional, bagaimana pula dengan sebaliknya.

Sumber berita : Harian Metro

Muka surat : Muka Hadapan

Tarikh : 16 Januari 2011

Jenis berita : Hiburan

Isu : Penyanyi yang insaf

Fungsi berita : Penghibur

Fungsi berita sebagai penghibur dapat dilihat dalam aspek laporan berita yang terdapat di muka hadapan akhbar harian ini. Laporan berita yang disiarkan ini menyiarkan tentang seorang penghibur iaitu seorang artis terkenal yang menyesal di atas perbuatannya menyalahgunakan dadah. Dia mula menjadi penagih dadah sejak 14 tahun yang lalu. Dia juga bertindak demikian kerana mencontohi sikap seorang rakan artis yang lain, yang juga insaf akan kesilapan lalu.

Fungsi media sebagai penghibur merupakan fungsi media massa yang paling dominan. Penghibur bermaksud media massa bertugas sebagai penghibur kepada masyarakat melalui program hiburan sama ada yang bermaklumat mahupun hiburan semata – mata untuk manfaat masyarakat. Laporan berita ini boleh memberi manfaat kepada mereka yang meminati dunia hiburan yang bersih dari pengaruh bahan larangan seperti najis dadah dan sebagainya.

Peranan dan fungsi media massa sebagai penghibur mencakupi hampir kesemua aspek hidup yang berkaitan dengan hiburan. Penyanyi ini biasanya menjadi ikutan sejumlah besar golongan muda belia negara ini. Bayangkanlah artis terkenal ini mempunya rupa paras yang tampan dan bersuara lantang. Jesteru itu wajarlah sekiranya fungsi dan peranan media massa sebagai penghibur merupakan fungsi yang paling dominan.

Pada pendapat saya laporan berita yang disiarkan ini akan mededahkan khalayak supaya mengambil ikhtibar tentang bahayanya penagihan najis dadah. Sifat dan kandungan media massa yang dipaparkan ini lazimnya menjadi kegemaran umum. Kandungan hiburan ini merupakan pilihan masyarakat kelas bawahan atau setidaknya masyarakat kelas pertengahan yang mengabaikan kualiti. Artis merupakan kumpulan manusia yang kerap menjadi ikutan golongan yang sedang mencari identiti diri dari segi budaya fesyen dan sebagainya.

Kesan yang mungkin timbul dari laporan berita ini ialah rasa insaf khalayak terhadap penyalahgunaan bahan khayal seperti dadah. Bahan dadah ini merupakan satu ancaman yang melanda semua kumpulan masyarakat, tidak kira latar belakang pekerjaannya. Kumpulan profesional, kumpulan pekerja kolar putih, kolar biru, pelajar menjadi sasaran penyalahgunaan najis dadah. Najis dadah ini pula biasanya menjadi ketagihan. Apabila ketagih, mereka boleh mengambilnya sehingga akhir hayat mereka.

Dalam kes sebegini, khalayak mendapat tahu bahawa penyakit ketagihan dadah ini hanya boleh disekat dengan kesedaran diri penagih itu sendiri. Terdapat pelbagai tempat yang ada untuk memulihkan sikap ketagihan ini. Terdapat pusat – pusat pemulihan yang disediakan sama ada oleh pihak kerajaan ataupun swasta ataupun badan – badan perseorangan. Jesteru itu terpulang kepada diri penagih itu sendiri sama ada mahu insaf ataupun tidak.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil dari laporan berita ini ialah setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan. Kesilapan dan kesalahan menunjukkan sifat manusia yang lemah dan segala hal. Jesteru itu apabila kita sedar yang kita melakukan kesalahan sama ada pada diri kita, keluarga kita, atau masyarakat kita sebaiknya kita sedia mengakui kesalahan kita dan segera berhenti untuk terus melakukan kesilapan tersebut.

Setiap tingkahlaku kita mesti bertitik tolak untuk memuaskan hati kita. Dalam kaedah ini, seelok - eloknya melengkapkan diri kita dengan mengenali tujuan kita dihidupkan Allah di dunia ini. Seandainya hakikat hidup sementara ini difahami oleh kita, kita pasti tidak terlalu alpa tentang kesukaan hidup di dunia ini seperti mengambil dadah, minum arak ataupun memakan harta dengan cara yang batil.

Dari laporan berita ini, cadangan saya ialah memberi pendidikan sebaik mungkin kepada anak – anak kita. Ini berdasarkan satu amaran Allah kepada kita, antara lain bermaksud ‘ hai orang – orang yang beriman, peliharalah diri-mu dan ahli keluarga-mu dari azab api neraka’. Jadi pendidikan agama iaitu mengenal Allah nescaya menjadi pendinding kepada masalah penyalahgunaan bahan – bahan yang memabukkan seperti najis dadah ini.

Rumusan

Secara ringkasnya, semua laporan berita yang ada dalam media massa mesti mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Laporan berita dalam media massa mempunyai empat fungsi dan peranan yang utama iaitu sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung dan juga penghibur.

Fungsi dan peranan media massa sebagai pemerhati boleh diertikan sebagai media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita. Dari pemerhatian tersebut, media massa akan melaporkan kepada khalayak umum. Laporan ini digelar maklumat dan berita. Peranan sebegini menjadikan media massa bertindak sebagai tukang cerita kepada masyarakat umum.

Fungsi dan peranan media massa sebagai pentafsir membawa maksud media massa bertugas sebagai pentafsir kepada sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita. Media massa akan melakukan pentafsiran terhadap apa juga peristiwa yang berlaku di sekitar kita dan akan melaporkan peristiwa tersebut berdasarkan pemahaman mereka terhadap peristiwa tersebut. Antara jenis berita termasuklah rencana, forum, analisis peristiwa dan pengamatan penyunting.

Peranan media massa sebagai penghubung pula ialah media massa bertugas sebagai penghubung masyarakat sama ada individu dengan individu, masyarakat dengan masyarakat, persekitaran dengan masyarakat, ataupun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat semasa. Media massa boleh memainkan peranannya untuk pelbagai lapisan masyarakat tertentu.

Peranan dan fungsi media massa sebagai penghibur merupakan fungsi media massa yang paling dominan. Media massa bertugas sebagai penghibur kepada masyarakat melalui program – program hiburan sama ada yang bermaklumat mahupun sekadar hiburan semata – mata untuk dimanfaat oleh masyarakat. Terpulanglah laporan berita yang disampaikan ini boleh memberi manfaat atau pun tidak bergantung kepada penerimaan masyarakat tersebut.

Fungsi dan peranan media massa yang dinyatakan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Fungsi dan peranan media massa mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan kita sehari – hari. Masyarakat menjadi begitu percaya dan akrab dengan media massa, namun tahap kepercayaan khalayak bergantung kepada kredibiliti sesuatu media.

Fungsional dan dysfungsional media massa telah menceritakan pengaruh buruk dan baik media massa. Kita sering dipengaruhi dan terpengaruh oleh media massa. Abad ini, pengaruh media massa berlaku dengan begitu hebat. Hanya kebijaksanaan dan rasa gerun pada Allah sahaja dapat menjadi pendinding pada segala pengaruh dan ujian yang ada.