Friday, April 18, 2008

Mari Ke Masjid

Bila lagi kita hendak ke masjid
Rumah - rumah Allah di muka bumi ini
Tempat sujud termulia di muka bumi
Tempat menyemai budi pekerti
Tempat tarbiah budi pekerti
Adab dan akhlak lahir di sini
Mengapa di rumah pilihan di hati
Penuhi masjid masyarakat terpuji
Kampung jadi damai umat dihormati
Pencagahan pendapat terlerai di sini
Sujud bersama mengadap Ilahi
Masjid kita mesti dijaga
Bersih di luar di dalam lagi mesti
Jangan biar sawang di syiling
Jangan terlihat lumut di longkang
Selipar yang reput jangan di simpan
Cerianya masjid kampung pun ceria
Tidak dikena sewanya parking
Iktikaf sunat pahala di janji
Sejadah di jaga juga di suci
Akhlak kampung InsyaAllah terlindung
Bila lagi kita nak ke masjid
Takkan nak pergi guna perusung
Pulak tu nak kena pikul
Pergi dipaksa susah nak bicara
Itu terserah pada yang esa
Bila lagi kita nak ke masjid
Tumpang masih muda ini peluang kita
Kalau dah bertongkat susahlah sikit
Anak cucu ler ni bukan leh harap belaka
Kalau ke kedai kopi boleh setiap hari
Kalau untuk dunia dari pagi boleh lagi
Untuk bekalan kemudian hari
Kita masih buat tak peduli
Cerdik ke bodoh kita ini ??

Benci VS Kasihan

Benci sungguh sungguh benci
Melihat sekumpulan anak - anak
Datang berkhemah di kampungku
Atas nama pendidikan
Atas nama persatuan
Atas nama satu kemahiran
Membuat kelaku seperti orang jahil
Lebih sesuai dipanggil jahil agama
Bijak sungguh licik Yahudi
Gaul adukkan segala jantina
Langsung tak malu
Lagi tidak kisahnya
Si jantan bertenggek si betina menghimpit
Si jantan memeluk si betina rela dipeluk
Bergurau senda seolah tiada agama
Bebas menyentuh
Bebas seluruh
Lagi pelik lagi ajaib
Tudung di kepala apa fungsinya
Sekadar menutup fesyen agaknya
Bebas sebegini ajaran siapa agaknya?
Semakin ramai semakin seronok
Jantan betina sama lakunya
Benci sungguh perangai mereka
Laku bagai orang tiada agama
Tapi timbul rasa kasihan pula
Perbuatan begini dosa menanti
Ayah - ayah di rumah syer menanti
Emak - emak di rumah syernya ada
Didikan apakah hasilnya sebegini rupa
Tanggungjawab mendidik terlaksanakah belaka
Hingga hasilnya anak tidak malu ke dunia
Pada Yang Esa lagilah rasanya
Wahai pemimpin pertubuhan pelajar
Anjur aktiviti biarlah berkiblat
Bukan memenuhi kelendar aktiviti
Hentam keromo sesedap hati
Ingatlah bahawa kita Islam
Punya adab punya panduan
Hukum bukan muhrim mesti dipegang
Hukum hijab jangan di cabul
Membuka aurat hukumnya ada
Bercampur gaul bukan bebas belaka
Kita bukan tiada nabi hendak diikut
Petunjuk Allah pegangan abadi
Takkan lepas mati baru nak menyesal
Talkin sedetik mampukan diingati
Menyesal di Barzakh bolehkah kembali ??

Sunday, April 13, 2008

Mari Menuju Kejayaan

Jika si pelaut menjemput kita
Hadir ke majlisnya
Terasa dihargai diri ini

Jika si petani mengajak kita
bertandang ke rumahnya
Terasa diri dihargai

Jika si hartawan menjemput kita
Ke banglow mewahnya
Terasa besar harga diri ini

Jika sultan menghantar wakilnya
menjemput kita ke istananya
Terasa diri ini
Tiada terbanbanding dengan sesiapa

Namun kita terkadang lupa satu hakikat
Lima waktu sehari kita di jemput
Bertandang ke rumah Yang Maha Esa
Pencipta segala alam
Pemilik sekalian alam
Pemerintah segala kerajaan
Penguasa semua kehidupan

Kita masih leka lalu terlupa
Sujud memohon pertolonganNya
Hadir sedetik di buminya Masjid
Buktikan diri sebagai si hamba
Tiada upaya tiada kuasa tiada tenaga
Hanya menyerah padaNya jua

Sujud menyembah dahi di bumi
Memohon rahmat dari Ilahi
Tiada pangkat tiada darjatnya
Sama serupa makhluk manusia
Mengharap keampunan dariNya jua
Hidayat petunjuk berlindung kesesatan
Hanya itu doa di pohon

Namun si engkar masih meninggi diri
Tidakkan sujud tiada menyerah
Masih merasa dirinya gagah
Mampu membeli berlian permata
Layak si Qarun harta bertimbun
Namun seengkar mana pun wahai manusia
Bayang - bayang mu tetap sujud padaNya jua

Thursday, April 10, 2008

Be End Suka Babi

Berdetik sesekali dalam diri
Puak - puak Be End suka dengan babi
Babi dijaja setiap hari
Dalam media siap ngan komentar sekali
Babi menjadi buah mulut sehari - hari
Dijaja di ucap setiap hari
Babi menjadi sanjungan manusia
Konon di suka kerajaan merah kuning
Babi hidup di hutan belantara
Habitat asalnya habis di noda
Felda dan Felcra hutan di pugar
Ke mana pula babi nak lari
Balak dan lebuhraya ikut hutan jua
Habitat babi hilang akhirnya
Manusia durjana tidak sedar asalnya
Bumi Allah kongsi ler bersama
Bela babi pekerjaan non muslim
Babi menjadi makanan rutinnya
Mengapa disekat hak mereka
Bukan tanah kita ini bumi tuhan
Be End memang tak tanggung jawab
52 tahun pegang kerajaan harta di angkut
Kawasan babi tidak dipeduli
Akhirnya Melaka jadinya bukti
Time darurat babi leh makan
Itu katanya ustaz kat surau
Kalau langsung tiada makanan
Babi leh makan nak teruskan hidup
Kilang arak besar dan mashyur
Lesen di beri oleh Be End kebulur
Mengapa ini tidak di sebut
Mungkin dah jadi minuman rasmi
Be End suka arak tempatan
Sebab itu tak ambil perhatian
Jadi minuman segenap lapisan
Melayu pengemar arak tempatan
Dijual serata pekan dan kampung
Tidak seperti daging si babi
Hanya di jual atas permintaan
Arak pula sebagai kebanggaan
Wahai manusia ciptaan tuhan
Minum arak jadi pemabuk dosa besar hukumnya
Makan babi itu ana tak mahu komen
Rasanya orang tak solat pun babi tak dimakannya
Mengapa babi di ambil pusing
Babi dijadikan oleh tuhan yang sama
Yang kita sembah yang jadi empunya alam
Arak yang binasa tidak ambil pusing
Porak peranda masyarakat kerana si arak
Islam jadi agama terpuji
Babi ditukar menjadi khinzir
Sedap di dengar rasa hormat pun ada
Hukum tetap asal rupa tetap sama
Puak Be End tidak tahu agama tahu apa
Babi - babi mainan mulut mereka
Tak geli ke lidah menyebut babi
Seolah khinzir dah bersarang di lidah
Dari berzikir menyebut khidzir
Baik ditukar kepada subhanAllah
Pahala menanti di alam barzakh
Dunia ini tempat sementara
Berkongsi hidup sesama kejadian
Hakikat terkandung adanya khinzir
Najis Mughozallah nama di beri
Orang beriman mesti tahu menyamak
Guna belajar cara mensuci
Baru mengenal air mutlak
Air tanah satu
Air mutlak enam
Kan terbukti itulah kebersihan

Friday, April 4, 2008

Ibu Ayam dan si Dayus

Ibu ayam dan Si dayus
Hidup kalian merata bumi
Bumi Melayu sudah kau tawan
Desa, kota, kampung dan bandar
Ibu ayam dan si dayus merata

Ibu ayam dan Si dayus
Punya anak untuk dipelihara
Beri makan dan wang belanja
Persis si beruk laku sebegini
Bijak bela anak jahil didik anak

Ibu ayam dan Si dayus
Punya anak berbogel di luar rumah
Merempit, dadah, zina dan lumba
Jual diri, jual maruah, jual segalanya
Haram dan halal tidak peduli belaka
Akibat punya bapa dan emak
Bernama Si Ibu ayam dan Si Dayus

Ibu ayam dan Si dayus
Punya label ciptaan sendiri
Hasil dari usaha sendiri
Tercipta nama perbuatan sendiri
Perbuatan laku dan bukti lisan

Ibu ayam dan Si Dayus
Punya anak isteri bogel di jalan
Berseluar ketat berbaju jarang
Berkebaya labuh ramping di pinggang
Bertutup kepala dada terbuka

Ibu ayam dan Si Dayus
Bergaul bersapa tiadanya hukum
Bergalak bersuka bagai tiada agama
Bergurau bersenda bertepuk bertampar
Bagai puak beruk laku terperi

Ibu ayam dan Si Dayus
Semakin kalian ingat ini kemodenan
Kalian ingat ini kemajuan
Kalian kejar dunia tanpa sempadan
Agama Islam dijadikan mainan
Waktu ijab kabul dan waktu kafan
Terdengar sebutan nama Ilahi

Wahai Si Ibu ayam
Wahai Si Dayus
Qada dan Qadar Allah tiada siapa yang tahu
Bertaubat dan berubahlah kita segera
Yahudi dan Nasrani musuh kita sebenarnya
Kafir laknattullah bukan ikutan kita
Bukan untuk diikuti bukan kiblat kita
Musuh kita selamanya
Dari dulu, kini dan selamanya..